Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
maafkan aku kerana tak mampu menyapamu walau hanya bahasa jiwa,
maafkan aku bila tak daya melakar lukisan cinta hingga langit menjadi jingga,
maafkan aku terpaksa meninggalkanmu kala kasih sedang berbicara,
maafkan aku kerana akur dan tegar dengan takdir kita,
maafkan aku kerana berdusta walau bukan itu yang aku pinta,
maafkan aku kerana aku jambatan kasih kita roboh juga,
maafkan aku andai akulah punca segalanya.


No comments:

Post a Comment