Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
Salam ahad nan indah walaupun kelam namun masih ceria di temani insan2 tersayang. Bercakap tentang kasih sayang meskipun nampak mudah tetapi bergantung juga dengan situasi yang bakal dilalui. Lumrah alam bilamana bernama insan pasti punya perasaan kasih mahupun sayang. Tidak kira sayang kepada ibubapa, keluarga, rakan2 mahupun insan istimewa. Kasih sayang yang ingin saya katakan ini adalah kasih sayang ibubapa kepada anak2.
Bagaimana membahagi kasih sayang seadilnya kepada anak2..??
Sejauh mana jujurnya kita tatkala memberi kasih sayang kepada anak2...??
Mampukah kita menangani setiap persoalan dari anak2 bilamana mereka mula curiga tentang kasih sayang kita kepada mereka...??
Memang sukar bilamana ada diantara anak2 kita yang mula mempersoalkan tentang kasih sayang kita terhadap mereka. Apa yang pasti tiada ibubapa yang tidak menyayangi anak2 mereka, cuma kasih seorang ibu mahupun bapa itu sukar untuk kita lihat pada pandangan mata kasar. Apa yang penting kita sebagai ibubapa jgn sesekali menyimpan perasaan amarah mahupun kecil hati berpanjangan kerana ini boleh membawa kepada akibat yang tidak baik pada anak2 kita. 
Suatu masa bilamana mereka berada di tempat kita barulah mereka faham bagaimana situasi kita di ketika ini...wallahhulam.

No comments:

Post a Comment