Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
aku...masih aku
sama seperti dulu
senyum dan tawa menghiasi wajahku

aku...tetap aku
setia hanya pada kekasih hatiku
pahit dan manis berlalu
tabah mengharungi gelora bertamu

aku...akan teguh di situ
tak akan berpaling dari cintamu
kerana kasihku satu
dan telah ku abadikan hanya untukmu

aku...sabar dengan dugaaMu
redha segala ujian dariMu
kembali pada restuMu
melayari mahligai kalbu
bersama insan-insan yang mengasihiMu

No comments:

Post a Comment