Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
Salam kasih dan sayang buat semua pembaca terutama sekali buat keluarga tercinta, semoga mereka di lindungi Allah selalu. Apa yang agak menyentuh perasaan saya hari ini adalah mengenai kisah dimana seorang "pemandu bas" terpaksa melalui keadaan yang rumit kerana ada sepasang penumpang yang agak degil sikit. Mungkin agak pelik isu yang saya ketengahkan ini, tetapi ini kerana jika tidak berkesempatan untuk suami tersayang saya menghantar saya ke ofis maka saya akan menggunakan pengangkutan awam.
So, nak di jadikan cerita sesampai di suatu destinasi ni adelah sepasang mungkin suami isteri keturunan india menaiki bas. Malangnya kad "touch n go" yang dimilikinya tidak berfungsi. Akan tetapi mereka berdua enggan membayar tunai kepada pemandu. Maka dengan cara amat berhemah sang pemandu bas ini berinteraksi dengan sepasang pasangan india ini. Entah mengapa nak di jadikan cerita pasangan ini seolah ingin menghuru-harakan keadaan lagi. Oleh kerana pemandu bas itu tidak dapat menangani masalah ini maka beliau pun bersuara kepasa semua penumpang berkemungkinan meminta bantuan. Tetapi sayangnya tiada yang ingin cuba membantu sehinggakan ade yang mengambil keputusan untuk turun sahaja dari bas tersebut. Kasihan juga saya melihat pemandu bas itu tapi apakan daya saya hanya seorang perempuan. Jangan kata silat, tomoi pun saya xreti....huhuhu. Akan tetapi saya ade juga mendengar si lelaki india itu cuba memujuk pasangannya untuk turun memandangkan pemandu bas tersebut tidak mahu meneruskan perjalanan jika mereka berdua tidak turun kerana enggan membayar tambang. Sayangnya pasanganya itu masih berdegil hinggalah ade seorang "mamat" ni meluru kedepan dan menyuruh dengan bahasa agak kasar meminta pasangan itu turun kerana semua penumpang mahu ke tempat kerja.
Maka pasangan itupun terpaksalah turun mungkin takut kena belasah agaknya kerana "mamat" tu garang jugak...hehehe
Persoalannya sekarang...Mengapa masyarakat di sekeliling kita ini tidak mahu perihatin tentang isu2 seperti ini, Bayangkan jika kita berada di tempat pemandu bas tersebut...apa yang kita akan lakukan...??
Janganlah kerana dia sebagai pemandu bas tersebut maka kita letakkan keselamatan semua penumpang di tangannya dan jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan kita maka dia jugalah bakal di salahkan!!..Pemandu bas juga hanyalah manusia biasa, bukan Megatron ataupun Otobot yang boleh bertukar bila2 masa...
Bukankah budaya kita menggalakkan sikap bantu-membantu sesama insan, tidak kira agama mahupun keturunan....renung2kanlah!! Assalamualaikum wbt.......

4 comments: