Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
salam tengahari walaupun dingin tapi macam baru bangun pagi sbb hujan mencurah xhenti2...."ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari"...hehehe, pernah x dengar pepatah tu..??,nampak simple tapi dalam maksudnya. Biasalah dalam kehidupan ini bukan sepanjang masa bahagia, bukan selalu ceria dan bukan semua gembira. Akan tetapi, tidaklah semestinya akan berduka nestapa dan sengsara sentiasa kankankan....hik3, Itu semua merupakan rencah kehidupan, tanpa kecewa dan derita manusia xkan berusaha untuk bahagia, bila sentiasa bahagia manusia akan lupa pulak untuk bersyukur dan selalu leka...ermmm
Ya, sebenarnya kita memerlukan kedua2nya dalam kehidupan, barulah kita menghargai diri mahupun insan lain di sekeliling kita, lebih2 lagi bila mereka telah tiada di sisi kita nanti...!!Ini juga akan lebih mendewasakan kita bilamana setiap pengalaman dalam kehidupan boleh kita jadikan panduan di masa akan datang.
Jadi hargailah insan2 yang kita sayang mahupun benci semasa mereka masih ada, kerana kala mereka tiada nanti kita pasti akan merasa kekurangan dalam hidup kita...wallahualam!!

No comments:

Post a Comment