Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
salam kerinduan buat semua insan tersayang..
semoga sentiasa di lindungi Allah sbwt tidak kira dimana juga berada.
rindu bertandang kala sepi menemani jiwa. 
hanya insan kecewa dan terluka yang mengenal erti sepi dan kekosongan. 
kecewa bilamana sering melalui situasi yang sama.
terluka kala bicara sekadar penambah duka. 
sepi tatkala jiwa di himpit gelora. 
maka sengketa menhantui rasa.
tiada insan yang ingin derita.
tiada insan mahukan kecewa.
tiada insan impikan sengsara.
bagaimana melerai sebuah ikatan yang sekian lama....?? untuk mengubat segala dusta...??
salam ahad yang ceria, Selamat Hari Ibu buat semua para ibu di dunia, semoga kita sentiasa tabah melalui perjalanan seterusnya walau apa juga rintangan dan dugaan yang melanda...insyaAllah!!
Seingat aku selama 42 tahun aku hidup tidak pernah sekali aku berkesempatan meluahkan ucapan "selamat hari ibu" kepada insan yang bergelar ibu..!! Dan yang lebih menyedihkan aku sendiri tidak pernah menatap wajah ibu aku sendiri..!! Kerana Allah lebih menyayanginya, maka dia pergi bertemu kekasih sejatinya lebih awal....Alfatihah buat bonda tercintaku Allahyarhamah Ponnirah Binti Biro, juga tak lupa buat bonda mertuaku Allahyarhamah Rohaya Binti Hamid.
Hari Ibu....sejauh mana anak2 mahupun kita sendiri memahami pengertiannya...??
Adakah ini cuma satu perayaan yang mereka patut sambut atau raikan pada setiap tahun...??
Atau sekadar ikutan atau trend masa kini sedangkan mereka sendiri pun bukanlah serapat manapun dengan ibu2 mereka..!!
Atau sekadar ingin menunjuk2 pada semua yang mereka menyambut hari ibu sebagai menghargai ibu2 mereka..??
Sekadar ingin bermegah2 di laman2 sosial, memuat turun pic meraikan hari ibu untuk tontonan umum...??
Semoga kita mahupun mereka memahami apa sebenarnya maksud hari ibu sendiri....hehehe
Salam to olls..lama rasanya xupdate blog ni...hehe
Sebenarnya aku baru je baik deman panas, lepas anakanda kedua demam xlama pastu aku pun berjangkit le pulakkk...owg tua2 ade kata kalau anak2 sakit bermula dari yang sulung hingga ke adik yang bongsu bermakna cepat le kebahnya sbb dia ikut turutan...tp kalau mula dari anak tengah nampak gayanya memang lama la..!!biasanya kakak dengan adik jarang di jangkiti sama, so kiranya si tengah ni dah amik semua sakit tu...samada kakak atau adik sekali!!...ciannn...huwahahaha
Tetapi walau apapun.....Alhamdulillah....!!sebab semuanya dah sihat walafiat dan dah mula ceria, yang penting dah mula berselera makan terutamanya...hik3
Arini nak citer pasal ape ekkk...??Ok since aku tadi ade skodeng fb anak buah hubby aku yang baru melangsungkan perkahwinannya yang kali kedua, nak citer la sikit pasal isu kekeluargaan...!!huk3
Memang dalam kehidupan ini keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
Tanpa keluarga kita ibarat sebatang kara di dunia ini...!!
Tanpa keluarga kita tiada tempat bermanja...!!
Tanpa keluarga pada siapa lagi kita mahu menumpang kasih kala kita dalam sengketa..!!
Tanpa keluarga bagaimana kita akan meneruskan kehidupan ini lebih2 lagi di tengah2 kemelut permasalahan yang berbagai bentuk di kalangan masyarakat kita kini...??
Keluarga adalah role model terbaik untuk kita..!!Jika kita tidak berbangga dengan keluarga kita sendiri...siapa lagi..??
Akan tetapi keluarga yang bagaimana kita harus jadikan role model itu...??
Keluarga yang bagaimana yang boleh jadikan kita rasa bangga pada semua...??
Keluarga yang bagaimana yang meletakkan kita yakin melalui hari mendatang yang penuh dengan cabaran dengan sabar...??
Keluarga yang bagaimana buatkan kita rasa bangga berada dalam kelompok keluarga itu sendiri...??
Jawapannya amat mudah sekali.....iaitu keluarga yang penuh KASIH SAYANG...!!
Dengan kasih sayang kita tidak mudah termakan apa juga fitnah mahupun tohmahan terhadap keluarga kita..!!
Dengan kasih sayang kita sentiasa punya rasa hormat menghormati antara satu sama lain dalam institusi kekeluargaan itu sendiri....!!
Dengan kasih sayang kita akan menjaga keharmonian keluarga kita....!!
Dengan kasih sayang kita tetap sabar dengan dugaan dan ujian terhadap keluarga kita tidak kira dari Allah mahupun masyarakat sekeliling...!!
Indahnya nikmat kasih sayang itu pada kita jika ingin di bicarakan.....
Jadi kesimpulannya di sini pupuklah rasa kasih dan sayang di setiap ahli keluarga kita tanpa mengira umur mahupun pangkat. Ibubapa perlu memainkan peranan dalam isu kasih sayang ini. Sayangilah semua anak2 kita seadil2nya. Jangan sesekali memilih kasih antara anak2!!Layanlah mereka sebaiknya kerana suatu masa nanti mereka akan punya keluarga dan tanggungjawap yang sama. Semoga kita bakal menjadi role model yang terbaik untuk anak2 kita bilamana mereka telah bekeluarga nanti...InsyaAllah!!
Berbalik dengan cerita aku tentang anak buah hubby yang baru melangsungkan perkahwinannya yang kali kedua itu. Keluarga mereka itu penuh dengan kasih dan sayang.Ya, dengan kasih sayang dari kedua arwah ibu mahupun bapa merekalah mereka tetap bersatu hati walau apa juga rintangan yang menanti. Mereka tabah dengan setiap ujian yang di lalui, menjaga hati dan perasaan sesama mereka sendiri..!!
Sentiasa merendah diri dan bersedia menerima kesalahan masing2..!!
Sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati kepada yang lebih tua dari mereka...!!
Selalu memaafkan dan memberi maaf di antara satu sama lain..!!
Tetap bersatu walau dalam apa juga keadaan..!!
Tidak pernah mengetepikan atau meminggirkan salah seorang dari mereka bilamana ada diantaranya yang mengalami masalah peribadi malah sedia membantu tidak kira masa mahupun kewangan..!!
Kembalilah kepadaNya dalam setiap persoalan mahupun permasalahan...!!
Percalah bahawa rencana Allah itu adalah yang terbaik untuk kita....!!
Selamat Pengantin Baru Buat Epoi dan isteri, semoga perkahwinan ini bakal membawa mereka berdua ke Jannah Allah!!...Assalamualaikum.







salam pagi minggu nan ceria, walaupun baru pukul 1:00 pagi tp mata xleh nak tdo...semak fikiran ngan masalah kehidupan ni kadang2..!! kalau setakat masalah sendiri senang nak hadap tp lau masalah ngn owg tersayang memang payah sesangat..!!
aku bukan lagi seorang wanita biasa, aku sudah punya anak remaja dan faham naluri dan keinginan seorang anak tentang kehidupan, meskipun bukanlah banyak sgt pengalaman hidup yg bole aku kongsikan tetapi sebagai ibu aku cukup masak dengan kerenah anak2.
Ibubapa mana yg sanggup "buang" darah daging mereka sendiri tanpa sebab..??
Gila ataupun hilang akal bagi seorang ibu mahupun bapa yang sanggup "buang" darah daging sendiri...??
Sudah tentu ade sebab tersendiri mengapa dan kenapa seorang ibu mahupun bapa itu sanggup "buang" darah daging mereka..!!
Mungkin kerana kecewa dengan sikap anak2 yang tidak mahu berubah, malah degil ataupun keras kepala.
Tidak mahu menurut kata atau yang lebih menyedihkan bersikap biadap pada ibubapa mereka..!!
Ibubapa mana yang mahu melihat anak2 mereka sengsara...??
Ibubapa mana yang sanggup biarkan anak2 mereka derita...??
Ibubapa mana yang mahu anak2 mereka kecewa dengan kehidupan mereka...??
Tetapi adakah anak2 itu sendiri faham ataupun menjaga hati dan perasaan ibubapa mereka..??
Berapa ramai anak2 masa kini yang sedia menjaga ibubapa mereka tika sakit pening..??
Anak2 itu akan faham kala mereka sendiri bergelar ibu mahupun bapa...!!
Tetapi tika saat itu tiba, dimana agaknya ibu mahupun bapa mereka...??
Sebagai insan seharusnya mereka belajar dari kesilapan, perbetulkan diri mahupun keperibadian agar mereka kuat melalui hari2 mendatang...!!
Dalam kes ngan owg yang tersayang ini, bukan aku tidak mahu memberi ruang pada anak yang di "buang" ini, tetapi.....
Aku mahu dia belajar dari kesilapan..!!
Aku mahu dia tahu betapa susahnya kehidupan ini tanpa ibubapa disisi...!!
Aku ingin melihat sejauh mana dia bole berdikari tanpa insan bernama ibu mahupun bapa...??
Aku tidak mahu beri dia peluang walaupun cuma sekali, kerana aku mahu dia tahu tanpa restu mahupun doa dari ibubapa, kemanalah arah diri ini...??
Alfatehah buat arwah ayahanda tersayang Salam Bin Amat dan bonda tercintaku Ponirah Binti Biro....Semoga roh keduanya di tempatkan di sisi muslimin dan muslimat...Aminnn.





Jam dah pukul 1 pagi, mata lom nak tdo, esok masih cuti tapi xtau nak watpe....kdg2 bila amik cuti xde program ni bosan jugakk...nak pulak bile paler semak ngan perangai yg dah biasa kite tengokk..lagi laa!!
Bukan semua perkara yg kita inginkan kita akan dapat, biasanya benda yg paling kita menyampah tu la yg selalu kita kena hadap....hurmm
Dan bukan semua benda kita bole ckp, kdg2 terlampau nak jaga orang sekeliling lebih buatkan diri sendiri sengsara dan merana.Jika di luah mati emak, kala di telan nanti mati la pulak bapak...!!
Hidup ini bukan diri kita saja yg perlu kita fikirkan, hati orang2 sekeliling kita pun kita kena amik kira jugakkk...bak pepatah hidup jgn pentingkan diri sendiri..!!
Tapi sejauh mana kita perlu mengambil kira tentang orang sekeliling..??
Orang yg bagaimana yang kita perlu ambil kira dalam hidup kita..??
Sejauh mana mereka menghargai kita yg selalu mengambil kira tentang mereka..??
Dan yang paling utama...Adakah Mereka Juga Kisah Tentang Diri Kita..Agaknnya...??Fikir2kann....!!!!



kenapalah dalam dunia ni ada jin yang merupai manusia...??
suka bikin onar dalam kehidupan...??
xbole tengok orang lain senang dan bahagia...??
suka ambil kesempatan demi kepentingan sendiri...??
suka pergunakan hak mahupun harta benda orang sesuka hati..??
xpernah memikirkan hati orang2 sekeliling demi kepuasan diri...!!
@ sebenarnya dialah Dajjal yang menyerupai manusia...??
wallahualamm.....nauzubillah min zalikk....
arini 29/04/2014, birthday Amirul Aiman yang ke 10 tahun..!!siapa lagi kalu bukan the one and only my son....
Happy Birthday sayanggg....ibu minta maaf sbb arini ibu xdapat lagi nak celebrate birthday adik...InsyaAllah semoga Allah murahkan rezeki kita sekeluarga ibu akan belikan adik kek yew...hanya Allah sahaja yang tahu betapa ibu sayangkan sume anak2 ibu. Biarlah kita belajar kesusahan hari ini agar kita lebih menghargai kejayanan akan datang. Sabarlah dalam apa juga rintangan,
kerana Allah sbt akan menghadiahkan sebuah kebahagiaan sebagai ganti ketabahan kita hari ini...insyaAllah!!!
salam malam yang dingin dan beku kerana hujan dari petang membawa ke senja..huhuhu
mlm ni nak citer pasal bby saya yg dah deman kat tiga ari..sian kat dia, dah nek lembik di buatnya...sob3
memandangkan esok xde ape yg penting....!!kuttt..kat sekolah maka dengan ini aku mengistiharkan cuti umum buat dia dengan adik sekali...hak3 jadi bole le dia berehat kat umah.....
nak di jadikan cerita oleh kerana hujan yg lebat arini hubby tercinta xdapat nak amik, so kenalah nek pengangkutan awam, mcm biasa...!!sampai kat stesen LRT Maluri tanpa aku duga banjir la pulakkk...mak aiii dengan airnya yg coklat pekat, deras lagi...yg xbole tahan tu perangai owg2 sekeliling yg mcm xpernah tengok banjir, ade yg mcm berok, ade yg mcm kera, semak aku menegoknya...!!
Aku pun xkuasa nak layan diowg so aku g la kat bus stop, xsempat sampai kat sana sume jalan dah di penuhi air, owg2 pulak dok berdiri kat tepi2 jalan..untuk memudahkan aku nek jew bas yg dtg, xkan nak tunggu lagi, di buatnya xde bas yg dtg karang, xke masak aku sampai ke malam kat situ...!!
Hampir setengah depoh bas tu di penuhi air, dekat bus stop depan Maluri pun di penuhi owg ramai ngah tunggu bas...tapi aku dah blah nek bas U46..hik3, walaupun setakat sampai
Leisure Mall, xpelah janji dah lepas dari kawasan banjir..yuhuu...


haii..it's me again...salam malam nan kelam...sbb ngah bosann...huhu
dah masa tuk tdo lagii..esok bermulalah episode baru, hari yang baru, dalam minggu nan baru,masalah baru dan ntah ape3 lagi yang baru..hurmmm
semak pulak rasa ngan lalat sekor nii..!!, cbuk jew kacau aku ngah update blog..hisshhhh!!!!!
penat dah halau xmo pegi pulakk tuu..geram pun ade gak, rasa nak tampar jew ngan tikus ni tapi xsampai ati pulakkk...sian beb..huk3
terhenti seketika, ayahanda mertua datang pulak membawa perkhabaran duka, kekanda hubby tercinta terlibat dalam kemalangan bersama anak2 dan seorang anak arwah kekanda sulung hubby. Cemas ada bimbang ada terkejut pun ada. Sepatutnya trip kekanda ipar ke Terengganu tu ingin membawa anak sulung aku bersama, tetapi sengaja aku xmemberi keizinan atas sbb2 tertentu...bila terjadi begini xdapat aku bayangkan kalaulah anak sulung aku juga terlibat sama..nauzubillah min zalikk...hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..!!

Malam kian larut, aku masih menunggu berita selanjutnya dari birasku, semoga Allah akan melindungi perjalanan mereka untuk pulang ke rumah dengan selamat. Ajal maut di tangan Allah, hanya dia yang merencakan setiap kejadian, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, mungkin sebagai peringatan buat kita yang terleka, atau mungkin dugaan agar kita lebih berhati2 di masa akan datang. Semuanya hanya Dia Yang Maha Mengetahui, ajal tetap akan datang tidak kira di langit mahupun di bumi...wallahualam!!
sabtu..hurmmm, bosan xtau nak watpe..!!, hindustan xbesh lak tuuu...main game cam xde mood jew...huk3
nak citer pasal ape..xde idea pulakk...ari dah mula mendung..nak ujan..!! en. hubby cbuk arini, tolong ayahanda mertua kemaskan rumah lama, aku ni syik makan tdo makan tdo..lelama makin bulat perut di buatnya...hahahaha
owh, weekend ni ada perancangan nak g bercuti, lama gak aku xbawak anak2 g jenjalan...!! Mesti besh ni, aku pun lama tak tengok laut..!! Dulu masa kecik2 selalu kakak aku bawak aku g Port Dickson, masa tu aku tinggal kat kampung lama, daerah kelahiran aku...Rembau Negeri Sembilan.
Walaupun keluarga aku bukanlah berasal dari Negeri Sembilan, tetapi dari kecil aku dan adik beradik di lahirkan di sana. Yang paling menarik tentang Negeri Sembilan...?? of course masakannya yang stail minang tuu...specially gulai lemak cili padi nya..woww menjilat jari lau dapat makan..hik3
Konon jew aku ni lahir kat Pedas, tapi sebenarnya aku pun xmakan pedas..!!, sbb aku xtahan perut lau makan cili banyak3. Bole sengsara seminggu gamaknya lau cili tu xcukup masak..!!
Arini ada terasa nak makan gulai daging salai campur mangga muda..dapat pulak sambal terung telunjuk cili padi dengan ikan bilis...woww mau satu periuk aku makan ni..!!!hehehe
Tapi masa ni mana nak g cari, xde rezeki laa kutt...mungkin len kali jew la kankankan...kalau dah rezeki xkan kemana...insyaAllah!! 
salam tengahari walaupun dingin tapi macam baru bangun pagi sbb hujan mencurah xhenti2...."ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari"...hehehe, pernah x dengar pepatah tu..??,nampak simple tapi dalam maksudnya. Biasalah dalam kehidupan ini bukan sepanjang masa bahagia, bukan selalu ceria dan bukan semua gembira. Akan tetapi, tidaklah semestinya akan berduka nestapa dan sengsara sentiasa kankankan....hik3, Itu semua merupakan rencah kehidupan, tanpa kecewa dan derita manusia xkan berusaha untuk bahagia, bila sentiasa bahagia manusia akan lupa pulak untuk bersyukur dan selalu leka...ermmm
Ya, sebenarnya kita memerlukan kedua2nya dalam kehidupan, barulah kita menghargai diri mahupun insan lain di sekeliling kita, lebih2 lagi bila mereka telah tiada di sisi kita nanti...!!Ini juga akan lebih mendewasakan kita bilamana setiap pengalaman dalam kehidupan boleh kita jadikan panduan di masa akan datang.
Jadi hargailah insan2 yang kita sayang mahupun benci semasa mereka masih ada, kerana kala mereka tiada nanti kita pasti akan merasa kekurangan dalam hidup kita...wallahualam!!
terjaga memlm ni, sedey lak dengar nasional fm..lapa pun ade ni, dah msg hubby xreply lak dari tadi..stress di buatnya...sob3, nak ckp pasal rajuk la arini, kebetulan ngah merajuk ni..sbb lapo...huk3
setakat mana owg faham tentang pengertian merajuk..??
ade ke owg tu tahu yang kita tengah merajuk...??
kenapa kita nak merajuk...??
kdg2 manusia ni bukan xfaham cuma buat xtau jew..!!, 
bila kena batang hidung dia baru nak mengungkit..!! @ mungkin malas nak layan pun yew jugakkk...
tapi lau ade yg bersikap xmo layan tu meme kejam gilerr...bila sampai masa dia nanti, meh kita wat xtau jew pulak kankankankan....huwahahahaha
Afternoon...jiwa kacau lak rasa arini, pepagi dah mule ade yang buat aku xde mood jew..!! stress kadang2 bila dah ramai sgt kat ofis ni..hurmmm. kan lebih elok cam dulu2 xramai staff, jadi xlah semak jiwa aku..!!
Aku ni jenis yg xsuke nak menunjuk2 yg aku ni 'buat' keje sgt, so diowg ingat aku ni cam xde keje je la, syik nak request aku tolong diowg jew, aku ni sapa yg nak tolong..?? mcm time lunch ni sume owg syok jew kuar makan tapi yg aku ni dok terconggok jew kat ofis kena jaga supplier ngah install aircond, diowg sume dok melantak sampai xsedar diri dah kul 2 pun xreti2 nak balik..!!
Jadi admin ni nampak jew senang, tapi ape2 hal kat ofis ni aku jugakkk yg diowg carikk..kekadang tu pen depa hilang pun nak jerit jugak nama aku..hurmmm, esok2 mak bapak depa hilang pun nak carik aku jugak....kuang3 , Walau apa pun yg jadikk..bebanyak le bersabar kankankan...jadikanlah kerja itu satu ibadah agar kita lebih ikhlas melalui apa saja dugaan...amin!!
evening to ollss...seperti yang telah di jangka, budak sengal tu dah kol carik aku petang ni..kuang3
ingat terror sgt hidup dia xyah carik aku...kekeke, dan mulalah cam xde ape yang berlaku dan mcm xde wat salah kat aku dia nak bermanja2 pulakkk..hurmmm, xkuasa aku nak layan, ape lagi aku pun buat seyess jew laaa....hak3, baru padan muke dia...puas hati aku sekarang..!!huhuhu
kadang2 sukar untuk di fahami sikap sesetengah owg ni, buat baik salah buat tak baik lagilah salah...jumpa lagi, wasalam.
Assalamualaikum...isnin telah kembali maka bermulalah episode untuk minggu baru. Nak di jadikan cerita arini terlena la pulak masa dalam bas nak g keje..hehehe
Suami tersayang xdapat nak hanta sbb ade keje nak siapkan, so kenalah nek bas..huhuhu
Kenapa ekk ari isnin selalu lemah dan mengantuk..?? walhal dah dua ari cuti...huk3
Sebenarnya bila dah cuti lelama tu mula la jadi malas..!! Nak g keje xde mood jew. Bistu xyah amik cuti le gamaknya..?? atau cuti hujung minggu pun harus di batalkan, biar sume owg keje jew xyah cuti2...hik3
Payah jugak ekk lau dah xde cuti.....!!Anyway, arini nak kena mengadap lagi mahluk2 yang ada kat ofis ni. Dengan berbagai ragam dan perangai..!! Kadang lau xpikir sbb keje malas aku nak layan diowg ni..hurmm
Entah nape tetibe teringat pasal budak sengal aritu.Msg aku minggu lepas dia xbalas jugakk..aku rasa lepas ni aku nak wat xtau jew kat dia, aku nak tengok dia cari aku ke idakk..!!  nak watpe aku kisah kat dia lau dia ingat cam aku heran sgt le kat dia tuu.....puikk!!Ramai lagi staff aku yang sygkan aku...ade aku kesah..??hehe


Salam ahad nan indah walaupun kelam namun masih ceria di temani insan2 tersayang. Bercakap tentang kasih sayang meskipun nampak mudah tetapi bergantung juga dengan situasi yang bakal dilalui. Lumrah alam bilamana bernama insan pasti punya perasaan kasih mahupun sayang. Tidak kira sayang kepada ibubapa, keluarga, rakan2 mahupun insan istimewa. Kasih sayang yang ingin saya katakan ini adalah kasih sayang ibubapa kepada anak2.
Bagaimana membahagi kasih sayang seadilnya kepada anak2..??
Sejauh mana jujurnya kita tatkala memberi kasih sayang kepada anak2...??
Mampukah kita menangani setiap persoalan dari anak2 bilamana mereka mula curiga tentang kasih sayang kita kepada mereka...??
Memang sukar bilamana ada diantara anak2 kita yang mula mempersoalkan tentang kasih sayang kita terhadap mereka. Apa yang pasti tiada ibubapa yang tidak menyayangi anak2 mereka, cuma kasih seorang ibu mahupun bapa itu sukar untuk kita lihat pada pandangan mata kasar. Apa yang penting kita sebagai ibubapa jgn sesekali menyimpan perasaan amarah mahupun kecil hati berpanjangan kerana ini boleh membawa kepada akibat yang tidak baik pada anak2 kita. 
Suatu masa bilamana mereka berada di tempat kita barulah mereka faham bagaimana situasi kita di ketika ini...wallahhulam.
dah malam...tapi blom nak tdo ni, masih terngiang2 dengan persoalan sowg staff yang agak pelik la jugak!!. kisah dia camni, ade la sowg ni, nak kata staff baru tak la jugak, nak kata staff lama pun xder la nak berapa lama...kui3
dia ni masih single and awailable, tapi umo agak lanjut gak la, ade gak dia story pasal sejarah hidup dia tapi meme sedey giler kisah hidup dia tu..hehehe
nak di jadikan cerita, dia ni lau dalam phone cam wokeyy jew tapi bila life mak aii...buat dekkk jew!!xpaham kekadang ngan dia ni @ ayat yang sesuai konpius la gamaknya...huk3
ok, pg ni dia ade kol kata nak g HQ pastu nak belanja la kononnya, tapi bila dia dtg settle urusan bole dia terus blah camtu jew...bengang la jugak kat dia dibuatnya, pastu kol xpick up pulak tuu...sms xreply!!, hisshh sakit lak ati ni...!!persoalannnya bukan sbb belanja tu, tapi dia ni kan lau ade owg kat tempat aku dia meme xmo nak singgah borak, walaupun owg yang kat C2 tu dia kenal!!ape hal pun xtau..??staff2 yg lain sume2 ok jew baik laki ke pompuan, xde la cam dia ni...ntah2 dia ni gay x...??..huwahahahahaha
lantak le dia, malas nak layan, aku pun buat xtau jee laa...xkuasa nak berurusan ngan owg sakit jiwa camtu...dus3
Salam kasih dan sayang buat semua pembaca terutama sekali buat keluarga tercinta, semoga mereka di lindungi Allah selalu. Apa yang agak menyentuh perasaan saya hari ini adalah mengenai kisah dimana seorang "pemandu bas" terpaksa melalui keadaan yang rumit kerana ada sepasang penumpang yang agak degil sikit. Mungkin agak pelik isu yang saya ketengahkan ini, tetapi ini kerana jika tidak berkesempatan untuk suami tersayang saya menghantar saya ke ofis maka saya akan menggunakan pengangkutan awam.
So, nak di jadikan cerita sesampai di suatu destinasi ni adelah sepasang mungkin suami isteri keturunan india menaiki bas. Malangnya kad "touch n go" yang dimilikinya tidak berfungsi. Akan tetapi mereka berdua enggan membayar tunai kepada pemandu. Maka dengan cara amat berhemah sang pemandu bas ini berinteraksi dengan sepasang pasangan india ini. Entah mengapa nak di jadikan cerita pasangan ini seolah ingin menghuru-harakan keadaan lagi. Oleh kerana pemandu bas itu tidak dapat menangani masalah ini maka beliau pun bersuara kepasa semua penumpang berkemungkinan meminta bantuan. Tetapi sayangnya tiada yang ingin cuba membantu sehinggakan ade yang mengambil keputusan untuk turun sahaja dari bas tersebut. Kasihan juga saya melihat pemandu bas itu tapi apakan daya saya hanya seorang perempuan. Jangan kata silat, tomoi pun saya xreti....huhuhu. Akan tetapi saya ade juga mendengar si lelaki india itu cuba memujuk pasangannya untuk turun memandangkan pemandu bas tersebut tidak mahu meneruskan perjalanan jika mereka berdua tidak turun kerana enggan membayar tambang. Sayangnya pasanganya itu masih berdegil hinggalah ade seorang "mamat" ni meluru kedepan dan menyuruh dengan bahasa agak kasar meminta pasangan itu turun kerana semua penumpang mahu ke tempat kerja.
Maka pasangan itupun terpaksalah turun mungkin takut kena belasah agaknya kerana "mamat" tu garang jugak...hehehe
Persoalannya sekarang...Mengapa masyarakat di sekeliling kita ini tidak mahu perihatin tentang isu2 seperti ini, Bayangkan jika kita berada di tempat pemandu bas tersebut...apa yang kita akan lakukan...??
Janganlah kerana dia sebagai pemandu bas tersebut maka kita letakkan keselamatan semua penumpang di tangannya dan jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan kita maka dia jugalah bakal di salahkan!!..Pemandu bas juga hanyalah manusia biasa, bukan Megatron ataupun Otobot yang boleh bertukar bila2 masa...
Bukankah budaya kita menggalakkan sikap bantu-membantu sesama insan, tidak kira agama mahupun keturunan....renung2kanlah!! Assalamualaikum wbt.......

sampaikan salam kasihku
buat insan yang di rindu
agar terubat duka di kalbu
hilang rasa ragu
kukuhkan cinta itu
walau ranjau nan berliku
akan gagah pada yang satu
kerana Allah Maha Tahu
kata yang tak mampu di luah
bicara yang tak dapat di madah
membisu bukan kerana lelah
hanya bersabar walaupun payah

rindu yang tak bisa di tanggung
hanya Allah tempat bergantung
kiranya tiada sayang yang menggunung
ku tinggal jua kerana tak beruntung





bersama tidak semestinya bahagia
berpisah juga tidak beerti derita
yang penting kenangan kita bersama.....
simpanlah untuk selamanya!!

tenanglah wahai hati, usah merajuk pada yang tak sudi,
jauhkan rasa benci, buangkan sifat iri, kembalilah pada Ilahi, 
kerana kasihNya pasti, cintaNya hakiki....suci.
jiwa resah melayan angan
duka lara asmara kesiangan
andai masa di beri ulangan
cuba aku ajukan undangan
agar gelora jelas di bayangan
biar cerita jalan seiringan
barulah redha dalam ketenangan
meninggalkan kasih sesekali jangan.
tinggalkan aku sendiri disitu
usah kau nanti kepulanganku
aku bahagia dengan caraku
tak perlu hadirnya dirimu
yang cuma menyakitiku
bicaramu bagai sembilu
merobek sanubariku
membuat aku semakin kaku
kelu dan bisu
hingga tak mampu
meneruskan pertalian itu
berikanlah aku sedikit waktu.....

bagaimana harus aku
meluah padamu
rasa rindu yang terbuku
di jiwaku
begitu menusuk kalbu....
menagih sebuah janji
karam dan lemas sendiri
hanyut di bawa arus ngeri
terdampar di lautan sepi
kembara aku sendiri
pergi bersama sekeping hati
mencari nilai harga diri
hilang meniti waktu berlari
tanpa aku sedari
airmata membasahi pipi
sendu bertamu lagi..
ingin aku gapai kasihmu
walau tinggi di awan biru
ingin aku riba cintamu

walau menelan pahit hempedu
akan aku setia padamu
walau derita menemaniku
agar terubat rinduku yang telah lama terbuku
terangkanlah padaku....bagaimana harus aku
meluahkan perasaan itu
padamu kasihku...
aku kini terasa asing disini
tanpa hadirnya kasihmu lagi
lemah dan longlai kaki ini
tak mampu melangkah pergi
tak berdaya melalui hari-hari sepi
yang tinggal hanyalah sebuah memori 
masih terpahat jauh di sudut hati
meski kau tiada lagi disisi
doaku sentiasa mengiringi
semoga rohmu abadi 
menemui Ilahi
suatu masa nanti
aku juga akan kembali



masa yang semakin menghimpit membuat diri tersepit
sanubari menjerit dan bicara bisa mengungkit
resah yang berkampit menyusun bait-bait
terlupa melodi berkait tertinggal ukiran arca lukisan pahit
jiwa yang sakit akibat duka yang terselit
membuat memori sekelumit sering mengulit....
tanpa aku sedari aku telah melukai
hati insan yang aku kasihi
tidak terniat di dalam sanubari
jauh sekali membenci
usahkan melupai
ia terjadi di luar pemikiran diri
hingga kau menjauh kini
meletakkan aku dalam sesal sendiri
pada hukumanmu yang menanti
tak tertanggung aku dihakimi
maafkanlah aku sekali lagi
tak akan aku ulangi kesilapan ini
aku berjanji hanya kasihmu di hati.
semenjak kau pergi kasihku
terasa dunia terhenti di situ
ingin aku menangisi kehilanganmu
apakan daya aku 
insan hina dimatamu
hadir hanya sementara waktu
rinduku tiada siapa yang tahu
apakan lagi tempat mengadu.


indahnya persahabatan ini
tersemat kejujuran di hati
terikat rasa hormat menghormati
tiada dusta mendustai
rasa hasad mahupun dengki
saling sayang menyayangi
sentiasa menghargai
menerima kekurangan diri
sabar dan toleransi
setia hingga ke mati
adakah kita sedia berjanji...
~~~RESAH~~~
penantian penuh pasrah
memohon dan berserah
bukan sesuatu yang di gubah
perasaan sukar di luah
kelu tika di jajah, hilang arah
kegusaran yang tak sudah
bagi insan-insan lelah bukan satu helah
jauh sekali ungkapan bermadah
mengharap dan menadah
menagih jawapan yang munasabah.

bicara sayu itu
masih terngiang di telingaku

meskipun pahit ingin mengelak aku tak mampu
kau pergi tanpa relaku
ku teruskan perjalanan ini tanpa dirimu
kala rindu bertamu
akan aku seru namamu
walaupun nada sendu dan kelu
ingin ku ucap kata rindu
melerai tangis syahdu
melepas rasa pilu
yang terbuku di kalbu

biarpun aku tahu
kasihmu bukan lagi untukku.