Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
Salam to olls..lama rasanya xupdate blog ni...hehe
Sebenarnya aku baru je baik deman panas, lepas anakanda kedua demam xlama pastu aku pun berjangkit le pulakkk...owg tua2 ade kata kalau anak2 sakit bermula dari yang sulung hingga ke adik yang bongsu bermakna cepat le kebahnya sbb dia ikut turutan...tp kalau mula dari anak tengah nampak gayanya memang lama la..!!biasanya kakak dengan adik jarang di jangkiti sama, so kiranya si tengah ni dah amik semua sakit tu...samada kakak atau adik sekali!!...ciannn...huwahahaha
Tetapi walau apapun.....Alhamdulillah....!!sebab semuanya dah sihat walafiat dan dah mula ceria, yang penting dah mula berselera makan terutamanya...hik3
Arini nak citer pasal ape ekkk...??Ok since aku tadi ade skodeng fb anak buah hubby aku yang baru melangsungkan perkahwinannya yang kali kedua, nak citer la sikit pasal isu kekeluargaan...!!huk3
Memang dalam kehidupan ini keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
Tanpa keluarga kita ibarat sebatang kara di dunia ini...!!
Tanpa keluarga kita tiada tempat bermanja...!!
Tanpa keluarga pada siapa lagi kita mahu menumpang kasih kala kita dalam sengketa..!!
Tanpa keluarga bagaimana kita akan meneruskan kehidupan ini lebih2 lagi di tengah2 kemelut permasalahan yang berbagai bentuk di kalangan masyarakat kita kini...??
Keluarga adalah role model terbaik untuk kita..!!Jika kita tidak berbangga dengan keluarga kita sendiri...siapa lagi..??
Akan tetapi keluarga yang bagaimana kita harus jadikan role model itu...??
Keluarga yang bagaimana yang boleh jadikan kita rasa bangga pada semua...??
Keluarga yang bagaimana yang meletakkan kita yakin melalui hari mendatang yang penuh dengan cabaran dengan sabar...??
Keluarga yang bagaimana buatkan kita rasa bangga berada dalam kelompok keluarga itu sendiri...??
Jawapannya amat mudah sekali.....iaitu keluarga yang penuh KASIH SAYANG...!!
Dengan kasih sayang kita tidak mudah termakan apa juga fitnah mahupun tohmahan terhadap keluarga kita..!!
Dengan kasih sayang kita sentiasa punya rasa hormat menghormati antara satu sama lain dalam institusi kekeluargaan itu sendiri....!!
Dengan kasih sayang kita akan menjaga keharmonian keluarga kita....!!
Dengan kasih sayang kita tetap sabar dengan dugaan dan ujian terhadap keluarga kita tidak kira dari Allah mahupun masyarakat sekeliling...!!
Indahnya nikmat kasih sayang itu pada kita jika ingin di bicarakan.....
Jadi kesimpulannya di sini pupuklah rasa kasih dan sayang di setiap ahli keluarga kita tanpa mengira umur mahupun pangkat. Ibubapa perlu memainkan peranan dalam isu kasih sayang ini. Sayangilah semua anak2 kita seadil2nya. Jangan sesekali memilih kasih antara anak2!!Layanlah mereka sebaiknya kerana suatu masa nanti mereka akan punya keluarga dan tanggungjawap yang sama. Semoga kita bakal menjadi role model yang terbaik untuk anak2 kita bilamana mereka telah bekeluarga nanti...InsyaAllah!!
Berbalik dengan cerita aku tentang anak buah hubby yang baru melangsungkan perkahwinannya yang kali kedua itu. Keluarga mereka itu penuh dengan kasih dan sayang.Ya, dengan kasih sayang dari kedua arwah ibu mahupun bapa merekalah mereka tetap bersatu hati walau apa juga rintangan yang menanti. Mereka tabah dengan setiap ujian yang di lalui, menjaga hati dan perasaan sesama mereka sendiri..!!
Sentiasa merendah diri dan bersedia menerima kesalahan masing2..!!
Sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati kepada yang lebih tua dari mereka...!!
Selalu memaafkan dan memberi maaf di antara satu sama lain..!!
Tetap bersatu walau dalam apa juga keadaan..!!
Tidak pernah mengetepikan atau meminggirkan salah seorang dari mereka bilamana ada diantaranya yang mengalami masalah peribadi malah sedia membantu tidak kira masa mahupun kewangan..!!
Kembalilah kepadaNya dalam setiap persoalan mahupun permasalahan...!!
Percalah bahawa rencana Allah itu adalah yang terbaik untuk kita....!!
Selamat Pengantin Baru Buat Epoi dan isteri, semoga perkahwinan ini bakal membawa mereka berdua ke Jannah Allah!!...Assalamualaikum.







No comments:

Post a Comment