Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
salam ahad yang ceria, Selamat Hari Ibu buat semua para ibu di dunia, semoga kita sentiasa tabah melalui perjalanan seterusnya walau apa juga rintangan dan dugaan yang melanda...insyaAllah!!
Seingat aku selama 42 tahun aku hidup tidak pernah sekali aku berkesempatan meluahkan ucapan "selamat hari ibu" kepada insan yang bergelar ibu..!! Dan yang lebih menyedihkan aku sendiri tidak pernah menatap wajah ibu aku sendiri..!! Kerana Allah lebih menyayanginya, maka dia pergi bertemu kekasih sejatinya lebih awal....Alfatihah buat bonda tercintaku Allahyarhamah Ponnirah Binti Biro, juga tak lupa buat bonda mertuaku Allahyarhamah Rohaya Binti Hamid.
Hari Ibu....sejauh mana anak2 mahupun kita sendiri memahami pengertiannya...??
Adakah ini cuma satu perayaan yang mereka patut sambut atau raikan pada setiap tahun...??
Atau sekadar ikutan atau trend masa kini sedangkan mereka sendiri pun bukanlah serapat manapun dengan ibu2 mereka..!!
Atau sekadar ingin menunjuk2 pada semua yang mereka menyambut hari ibu sebagai menghargai ibu2 mereka..??
Sekadar ingin bermegah2 di laman2 sosial, memuat turun pic meraikan hari ibu untuk tontonan umum...??
Semoga kita mahupun mereka memahami apa sebenarnya maksud hari ibu sendiri....hehehe

No comments:

Post a Comment