Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
salam pagi minggu nan ceria, walaupun baru pukul 1:00 pagi tp mata xleh nak tdo...semak fikiran ngan masalah kehidupan ni kadang2..!! kalau setakat masalah sendiri senang nak hadap tp lau masalah ngn owg tersayang memang payah sesangat..!!
aku bukan lagi seorang wanita biasa, aku sudah punya anak remaja dan faham naluri dan keinginan seorang anak tentang kehidupan, meskipun bukanlah banyak sgt pengalaman hidup yg bole aku kongsikan tetapi sebagai ibu aku cukup masak dengan kerenah anak2.
Ibubapa mana yg sanggup "buang" darah daging mereka sendiri tanpa sebab..??
Gila ataupun hilang akal bagi seorang ibu mahupun bapa yang sanggup "buang" darah daging sendiri...??
Sudah tentu ade sebab tersendiri mengapa dan kenapa seorang ibu mahupun bapa itu sanggup "buang" darah daging mereka..!!
Mungkin kerana kecewa dengan sikap anak2 yang tidak mahu berubah, malah degil ataupun keras kepala.
Tidak mahu menurut kata atau yang lebih menyedihkan bersikap biadap pada ibubapa mereka..!!
Ibubapa mana yang mahu melihat anak2 mereka sengsara...??
Ibubapa mana yang sanggup biarkan anak2 mereka derita...??
Ibubapa mana yang mahu anak2 mereka kecewa dengan kehidupan mereka...??
Tetapi adakah anak2 itu sendiri faham ataupun menjaga hati dan perasaan ibubapa mereka..??
Berapa ramai anak2 masa kini yang sedia menjaga ibubapa mereka tika sakit pening..??
Anak2 itu akan faham kala mereka sendiri bergelar ibu mahupun bapa...!!
Tetapi tika saat itu tiba, dimana agaknya ibu mahupun bapa mereka...??
Sebagai insan seharusnya mereka belajar dari kesilapan, perbetulkan diri mahupun keperibadian agar mereka kuat melalui hari2 mendatang...!!
Dalam kes ngan owg yang tersayang ini, bukan aku tidak mahu memberi ruang pada anak yang di "buang" ini, tetapi.....
Aku mahu dia belajar dari kesilapan..!!
Aku mahu dia tahu betapa susahnya kehidupan ini tanpa ibubapa disisi...!!
Aku ingin melihat sejauh mana dia bole berdikari tanpa insan bernama ibu mahupun bapa...??
Aku tidak mahu beri dia peluang walaupun cuma sekali, kerana aku mahu dia tahu tanpa restu mahupun doa dari ibubapa, kemanalah arah diri ini...??
Alfatehah buat arwah ayahanda tersayang Salam Bin Amat dan bonda tercintaku Ponirah Binti Biro....Semoga roh keduanya di tempatkan di sisi muslimin dan muslimat...Aminnn.





No comments:

Post a Comment