Assalamualaikum wr.hb.,terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini!!Semoga blog ini memberi manfaat buat kita semua.. ;)
salam kerinduan buat semua insan tersayang..
semoga sentiasa di lindungi Allah sbwt tidak kira dimana juga berada.
rindu bertandang kala sepi menemani jiwa. 
hanya insan kecewa dan terluka yang mengenal erti sepi dan kekosongan. 
kecewa bilamana sering melalui situasi yang sama.
terluka kala bicara sekadar penambah duka. 
sepi tatkala jiwa di himpit gelora. 
maka sengketa menhantui rasa.
tiada insan yang ingin derita.
tiada insan mahukan kecewa.
tiada insan impikan sengsara.
bagaimana melerai sebuah ikatan yang sekian lama....?? untuk mengubat segala dusta...??
salam ahad yang ceria, Selamat Hari Ibu buat semua para ibu di dunia, semoga kita sentiasa tabah melalui perjalanan seterusnya walau apa juga rintangan dan dugaan yang melanda...insyaAllah!!
Seingat aku selama 42 tahun aku hidup tidak pernah sekali aku berkesempatan meluahkan ucapan "selamat hari ibu" kepada insan yang bergelar ibu..!! Dan yang lebih menyedihkan aku sendiri tidak pernah menatap wajah ibu aku sendiri..!! Kerana Allah lebih menyayanginya, maka dia pergi bertemu kekasih sejatinya lebih awal....Alfatihah buat bonda tercintaku Allahyarhamah Ponnirah Binti Biro, juga tak lupa buat bonda mertuaku Allahyarhamah Rohaya Binti Hamid.
Hari Ibu....sejauh mana anak2 mahupun kita sendiri memahami pengertiannya...??
Adakah ini cuma satu perayaan yang mereka patut sambut atau raikan pada setiap tahun...??
Atau sekadar ikutan atau trend masa kini sedangkan mereka sendiri pun bukanlah serapat manapun dengan ibu2 mereka..!!
Atau sekadar ingin menunjuk2 pada semua yang mereka menyambut hari ibu sebagai menghargai ibu2 mereka..??
Sekadar ingin bermegah2 di laman2 sosial, memuat turun pic meraikan hari ibu untuk tontonan umum...??
Semoga kita mahupun mereka memahami apa sebenarnya maksud hari ibu sendiri....hehehe
Salam to olls..lama rasanya xupdate blog ni...hehe
Sebenarnya aku baru je baik deman panas, lepas anakanda kedua demam xlama pastu aku pun berjangkit le pulakkk...owg tua2 ade kata kalau anak2 sakit bermula dari yang sulung hingga ke adik yang bongsu bermakna cepat le kebahnya sbb dia ikut turutan...tp kalau mula dari anak tengah nampak gayanya memang lama la..!!biasanya kakak dengan adik jarang di jangkiti sama, so kiranya si tengah ni dah amik semua sakit tu...samada kakak atau adik sekali!!...ciannn...huwahahaha
Tetapi walau apapun.....Alhamdulillah....!!sebab semuanya dah sihat walafiat dan dah mula ceria, yang penting dah mula berselera makan terutamanya...hik3
Arini nak citer pasal ape ekkk...??Ok since aku tadi ade skodeng fb anak buah hubby aku yang baru melangsungkan perkahwinannya yang kali kedua, nak citer la sikit pasal isu kekeluargaan...!!huk3
Memang dalam kehidupan ini keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
Tanpa keluarga kita ibarat sebatang kara di dunia ini...!!
Tanpa keluarga kita tiada tempat bermanja...!!
Tanpa keluarga pada siapa lagi kita mahu menumpang kasih kala kita dalam sengketa..!!
Tanpa keluarga bagaimana kita akan meneruskan kehidupan ini lebih2 lagi di tengah2 kemelut permasalahan yang berbagai bentuk di kalangan masyarakat kita kini...??
Keluarga adalah role model terbaik untuk kita..!!Jika kita tidak berbangga dengan keluarga kita sendiri...siapa lagi..??
Akan tetapi keluarga yang bagaimana kita harus jadikan role model itu...??
Keluarga yang bagaimana yang boleh jadikan kita rasa bangga pada semua...??
Keluarga yang bagaimana yang meletakkan kita yakin melalui hari mendatang yang penuh dengan cabaran dengan sabar...??
Keluarga yang bagaimana buatkan kita rasa bangga berada dalam kelompok keluarga itu sendiri...??
Jawapannya amat mudah sekali.....iaitu keluarga yang penuh KASIH SAYANG...!!
Dengan kasih sayang kita tidak mudah termakan apa juga fitnah mahupun tohmahan terhadap keluarga kita..!!
Dengan kasih sayang kita sentiasa punya rasa hormat menghormati antara satu sama lain dalam institusi kekeluargaan itu sendiri....!!
Dengan kasih sayang kita akan menjaga keharmonian keluarga kita....!!
Dengan kasih sayang kita tetap sabar dengan dugaan dan ujian terhadap keluarga kita tidak kira dari Allah mahupun masyarakat sekeliling...!!
Indahnya nikmat kasih sayang itu pada kita jika ingin di bicarakan.....
Jadi kesimpulannya di sini pupuklah rasa kasih dan sayang di setiap ahli keluarga kita tanpa mengira umur mahupun pangkat. Ibubapa perlu memainkan peranan dalam isu kasih sayang ini. Sayangilah semua anak2 kita seadil2nya. Jangan sesekali memilih kasih antara anak2!!Layanlah mereka sebaiknya kerana suatu masa nanti mereka akan punya keluarga dan tanggungjawap yang sama. Semoga kita bakal menjadi role model yang terbaik untuk anak2 kita bilamana mereka telah bekeluarga nanti...InsyaAllah!!
Berbalik dengan cerita aku tentang anak buah hubby yang baru melangsungkan perkahwinannya yang kali kedua itu. Keluarga mereka itu penuh dengan kasih dan sayang.Ya, dengan kasih sayang dari kedua arwah ibu mahupun bapa merekalah mereka tetap bersatu hati walau apa juga rintangan yang menanti. Mereka tabah dengan setiap ujian yang di lalui, menjaga hati dan perasaan sesama mereka sendiri..!!
Sentiasa merendah diri dan bersedia menerima kesalahan masing2..!!
Sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati kepada yang lebih tua dari mereka...!!
Selalu memaafkan dan memberi maaf di antara satu sama lain..!!
Tetap bersatu walau dalam apa juga keadaan..!!
Tidak pernah mengetepikan atau meminggirkan salah seorang dari mereka bilamana ada diantaranya yang mengalami masalah peribadi malah sedia membantu tidak kira masa mahupun kewangan..!!
Kembalilah kepadaNya dalam setiap persoalan mahupun permasalahan...!!
Percalah bahawa rencana Allah itu adalah yang terbaik untuk kita....!!
Selamat Pengantin Baru Buat Epoi dan isteri, semoga perkahwinan ini bakal membawa mereka berdua ke Jannah Allah!!...Assalamualaikum.







salam pagi minggu nan ceria, walaupun baru pukul 1:00 pagi tp mata xleh nak tdo...semak fikiran ngan masalah kehidupan ni kadang2..!! kalau setakat masalah sendiri senang nak hadap tp lau masalah ngn owg tersayang memang payah sesangat..!!
aku bukan lagi seorang wanita biasa, aku sudah punya anak remaja dan faham naluri dan keinginan seorang anak tentang kehidupan, meskipun bukanlah banyak sgt pengalaman hidup yg bole aku kongsikan tetapi sebagai ibu aku cukup masak dengan kerenah anak2.
Ibubapa mana yg sanggup "buang" darah daging mereka sendiri tanpa sebab..??
Gila ataupun hilang akal bagi seorang ibu mahupun bapa yang sanggup "buang" darah daging sendiri...??
Sudah tentu ade sebab tersendiri mengapa dan kenapa seorang ibu mahupun bapa itu sanggup "buang" darah daging mereka..!!
Mungkin kerana kecewa dengan sikap anak2 yang tidak mahu berubah, malah degil ataupun keras kepala.
Tidak mahu menurut kata atau yang lebih menyedihkan bersikap biadap pada ibubapa mereka..!!
Ibubapa mana yang mahu melihat anak2 mereka sengsara...??
Ibubapa mana yang sanggup biarkan anak2 mereka derita...??
Ibubapa mana yang mahu anak2 mereka kecewa dengan kehidupan mereka...??
Tetapi adakah anak2 itu sendiri faham ataupun menjaga hati dan perasaan ibubapa mereka..??
Berapa ramai anak2 masa kini yang sedia menjaga ibubapa mereka tika sakit pening..??
Anak2 itu akan faham kala mereka sendiri bergelar ibu mahupun bapa...!!
Tetapi tika saat itu tiba, dimana agaknya ibu mahupun bapa mereka...??
Sebagai insan seharusnya mereka belajar dari kesilapan, perbetulkan diri mahupun keperibadian agar mereka kuat melalui hari2 mendatang...!!
Dalam kes ngan owg yang tersayang ini, bukan aku tidak mahu memberi ruang pada anak yang di "buang" ini, tetapi.....
Aku mahu dia belajar dari kesilapan..!!
Aku mahu dia tahu betapa susahnya kehidupan ini tanpa ibubapa disisi...!!
Aku ingin melihat sejauh mana dia bole berdikari tanpa insan bernama ibu mahupun bapa...??
Aku tidak mahu beri dia peluang walaupun cuma sekali, kerana aku mahu dia tahu tanpa restu mahupun doa dari ibubapa, kemanalah arah diri ini...??
Alfatehah buat arwah ayahanda tersayang Salam Bin Amat dan bonda tercintaku Ponirah Binti Biro....Semoga roh keduanya di tempatkan di sisi muslimin dan muslimat...Aminnn.





Jam dah pukul 1 pagi, mata lom nak tdo, esok masih cuti tapi xtau nak watpe....kdg2 bila amik cuti xde program ni bosan jugakk...nak pulak bile paler semak ngan perangai yg dah biasa kite tengokk..lagi laa!!
Bukan semua perkara yg kita inginkan kita akan dapat, biasanya benda yg paling kita menyampah tu la yg selalu kita kena hadap....hurmm
Dan bukan semua benda kita bole ckp, kdg2 terlampau nak jaga orang sekeliling lebih buatkan diri sendiri sengsara dan merana.Jika di luah mati emak, kala di telan nanti mati la pulak bapak...!!
Hidup ini bukan diri kita saja yg perlu kita fikirkan, hati orang2 sekeliling kita pun kita kena amik kira jugakkk...bak pepatah hidup jgn pentingkan diri sendiri..!!
Tapi sejauh mana kita perlu mengambil kira tentang orang sekeliling..??
Orang yg bagaimana yang kita perlu ambil kira dalam hidup kita..??
Sejauh mana mereka menghargai kita yg selalu mengambil kira tentang mereka..??
Dan yang paling utama...Adakah Mereka Juga Kisah Tentang Diri Kita..Agaknnya...??Fikir2kann....!!!!



kenapalah dalam dunia ni ada jin yang merupai manusia...??
suka bikin onar dalam kehidupan...??
xbole tengok orang lain senang dan bahagia...??
suka ambil kesempatan demi kepentingan sendiri...??
suka pergunakan hak mahupun harta benda orang sesuka hati..??
xpernah memikirkan hati orang2 sekeliling demi kepuasan diri...!!
@ sebenarnya dialah Dajjal yang menyerupai manusia...??
wallahualamm.....nauzubillah min zalikk....
arini 29/04/2014, birthday Amirul Aiman yang ke 10 tahun..!!siapa lagi kalu bukan the one and only my son....
Happy Birthday sayanggg....ibu minta maaf sbb arini ibu xdapat lagi nak celebrate birthday adik...InsyaAllah semoga Allah murahkan rezeki kita sekeluarga ibu akan belikan adik kek yew...hanya Allah sahaja yang tahu betapa ibu sayangkan sume anak2 ibu. Biarlah kita belajar kesusahan hari ini agar kita lebih menghargai kejayanan akan datang. Sabarlah dalam apa juga rintangan,
kerana Allah sbt akan menghadiahkan sebuah kebahagiaan sebagai ganti ketabahan kita hari ini...insyaAllah!!!